STORiES BECAME SOMETHiNG...

Ahad, 23 Disember 2012

Pantun Hari Isnin hingga Ahad

Semua malas nak bangun pagi,  
Bukan kerana sakit nak mati,  
Tapi mood masih nak cuti,  
Hari isnin menjelma lagi.  
 
Hari-hari makan laksa,  
Sedapnya kuah ikan kelisa,  
Badan kuat seperti perkasa,  
Selamat menyambut hari selasa.  
 
Menangkap ikan pakai bubu,  
Untuk hidangan nasi kerabu,  
Kenapa masih dalam kelambu,  
'Ofis' kau tutup ke hari rabu.  
 
Atas pokok ada penyengat,  
Anak kambing baunya hamis,  
Kenapa kau tak pernah ingat,  
Janji nak belanja aku hari khamis.  
 
Sudahkah anda tunaikan solat?  
Solat wajib 2 rakaat,  
Bukannya apa cuma saja nak ingat,  
Selamat hari jumaat.  
 
Hari-hari minum air batu,  
Minum sampai rahang kematu,  
Tengah sibuk sangat ke tu?  
Sampai tak ingant janji dating hari sabtu.  
 
Minta garam barang secuit,  
Untuk perasa sayur salad,  
Saja jalan nak buang duit,  
Hari ni kan hari ahad.

Karangan B.Melayu... :P


  Karngan ni taklah serius.... lawak adalah. Imaginasi pelajar ini mesti tinggi dan agak lah menonton kartun ganas selalu kot.Aku rasa korang pun tak sabar nak baca kan? Ok, tarik nafas panjang… 1 2 3.
Dah belum? Teruskan bacaan dengan slow dan steady ok… Layannn.
_____________________________________________________________________________________________

Pagi itu pagi minggu. Cuaca cukup sejuk sehingga mencapai takat suhu beku. Sebab itu saya tidak mandi pagi sebab air kolah jadi air batu dan air paip tidak mahu keluar sebab beku di dalam batang paip. Pagi itu saya bersarapan dengan keluarga di dalam unggun api kerana tidak tahan sejuk. Selepas itu emak saya mengajak saya menemaninya ke pasar. Tetapi saya tidak mahu.
Selepas emak menikam perut saya berkali-kali dengan garfu barulah saya bersetuju untuk mengikutnya. Kami berjalan sejauh 120 kilometer kerana pasar itu letaknya 128 kilometer dari rumah. Lagi 8 kilometer nak sampai pasar saya ternampak sebuah lori kontena meluru dengan laju dari arah belakang.
Dia melanggar emak saya. Emak saya tercampak ke dalam gaung. Dia menjerit “Adoi!”. Lepas itu emak saya naik semula dan mengejar lori tersebut. Saya pun turut berlari di belakang emak saya kerana takut emak saya melanggar lori itu pula. Pemandu lori itu nampak kami mengejarnya. Dia pun memecut lebih laju iaitu sama dengan kelajuan cahaya. Kami pula terpaksa mengejar dengan lebih laju iaitu sama dengan dua kali ganda kelajuan cahaya. Emak saya dapat menerajang tayar depan lori itu. Lori itu terbabas dan melanggar pembahagi jalan lalu bertembung dengan sebuah feri. Feri itu terbelah dua.
Penumpang feri itu yang seramai 100 orang semuanya mati. Pemandu feri itu sangat marah. Dia pun bertukar menjadi Ultraman dan memfire pemandu lori. Pemandu lori menekan butang khas di dalam lori dia..lori itu bertukar menjadi robot Transformer. Mereka bergaduh di udara. Emak saya tidak puas hati. Dia pun terus menyewa sebuah helikopter di Genting
Highlands dan terus ke tempat kemalangan. Dia melanggar pemandu feri yang telah bertukar menjadi Ultraman itu.
Pemandu feri itu terkejut dan terus bertukar menjadi pemandu feri semula lalu terhempas ke jalanraya. Pemandu feri itu pecah. Pemandu lori sangat takut melihat kejadian itu. Dia meminta maaf dari emak saya. Dia menghulurkan tangan ingin bersalam. Tetapi emak saya masih marah. Dia menyendengkan helikopternya dan mengerat tangan pemandu lori itu dengan kipas helikopter. Pemandu lori itu menjerit “Adoi..!” dan jatuh ke bumi. Emak saya menghantar helikopter itu ke Genting Highlands. Bila dia balik ke tempat kejadian, dia terus memukul pemandu lori itu dengan beg tangannya sambil memarahi pemandu lori itu di dalam bahasa Inggeris.
Pemandu lori itu tidak dapat menjawab sebab emak saya cakap orang putih. Lalu pemandu lori itu mati. Tidak lama kemudian kereta polis pun sampai. Dia membuat lapuran ke ibu pejabatnya tentang kemalangan ngeri itu. Semua anggota polis di pejabat polis itu terperanjat lalu mati. Orang ramai mengerumuni tempat kejadian kerana ingin mengetahui apa yang telah terjadi. Polis yang bertugas cuba menyuraikan orang ramai lalu dia menjerit menggunakan pembesar suara. Orang ramai terperanjat dan semuanya mati.
Selepas itu emak saya mengajak saya ke pasar untuk mengelak lebih ramai lagi yang akan mati. Di pasar, emak saya menceritakan kejadian itu kepada penjual daging. Penjual daging dan peniaga-peniaga berhampiran yang mendengar cerita itu semuanya terkejut dan mati. Saya dan emak saya terus berlari balik ke rumah. Kerana terlalu penat sebaik saja sampai di rumah kami pun mati. Itulah kemalangan yang paling ngeri yang pernah saya lihat sebelum saya mati.


"TAMAT"

_____________________________________________________________________________________________

hahahah.....  :P

dpetik dari  : http://fid.ohmacamitu.com/search/contoh-karangan-cerita/


Jumaat, 14 Disember 2012

Kaitan Angry Bird dengan Islam



Angry Birds.. Apa yang best sangat game ni? Cam simple je, game berkaitan burung-burung yang marah kepada babi-babi berwarna hijau yang mencuri telur mereka.


Sedar tak kita…
Jawapannya sebab….
..dipenuhi dengan nilai-nilai dan prinsip-prinsip sebuah gerakan Dakwah Islamiyah

1) Jihad dan Tadhiyyah (Pengorbanan)


Antara ciri yang paling power pasal Angry Birds ni, sebab burung-burung yang marah tu semuanya sanggup berkorban; menyerahkan jiwa dan tubuh mereka untuk mencapai matlamat mereka iaitu menghapuskan babi-babi hijau yang suka tersengih jika masih hidup di akhir permainan. Mungkin yang merah, biru dan hijau hanya sanggup mencederakan diri sendiri.

Tapi bagaimana dengan yang hitam dan putih? Yang hitam sanggup meletupkan dirinya sendiri! Yang putih pula? Sanggup mengorbankan anaknya!

Itu bukanlah satu pengorbanan yang senang; menghantar anak yang masih dalam telur ke medan jihad. Segala-galanya untuk mencapai satu matlamat; menjatuhkan tembok-tembok jahiliyah yang kukuh, untuk menghapuskan babi-babi hijau itu selama-lamanya… terutamanya ketua mereka yang memakai mahkota emas.

“Sesungguhnya Allah membeli dari orang-orang mukmin itu diri mereka dan harta mereka dengan memberikan kepada mereka syurga…” (At-Taubah 9:110)

2) Amal Jamaie

Dalam nak meruntuhkan tembok-tembok jahiliyah yang begitu kukuh, burung-burung yang marah itu tidak bertindak secara berseorangan, malahan mereka tidak akan mampu meruntuhkannya jika bertindak secara berseorangan. Maka mereka bersatu, bersatu tenaga mereka, bertindak secara berjemaah untuk meruntuhkan tembok-tembok jahiliyah itu.

3) Tanzim (organisasi)

Yang tersusun tapi adakah diorang main langgar je sape yang serang dulu?

Tidak. Diorang sedar setiap burung mempunyai kemampuan dan semangat pengorbanan yang berbeza. Setiap burung mempunyai isti’ab (penguasaan) yang berbeza. Jadi diorang susun, sape pergi dulu, lepas tu sape pergi dulu.

Kenapa? Sebab Saidina Ali mengatakan:

“Kebatilan yang tersusun akan mengalahkan kebenaran yang tidak tersusun”

4) Gerak kerja yang Muntijah (berhasil)

Bagaimana pula cara diorang susun sape yang pergi dulu dan sape yang pergi dulu?

Diorang susun dengan menilai, bagaimanakah cara yang paling muntij dan cepat untuk meruntuhkan tembok jahiliyah itu? Maka setiap orang yang mempunyai isti’ab yang berbeza, berfokus kepada kelebihannya.

Yang reti potong kayu pergi serang kayu
Yang boleh hancurkan batu pergi hancurkan batu

Dan menjadi tanggungjawab kita pula, sebagai qiyadah (ketua) mereka, untuk detect, apakah kelemahan musuh kita, dan dengan segala kekuatan serta isti’ab jundi (tentera) yang berbeza-beza.

Bagaimanakah kita ingin menyusun strategi untuk mencapai ustaziyatul alam?

“eh silap”

Untuk mengalahkan babi-babi hijau tadi dengan tenaga yang paling sikit, dan masa yang paling cepat.

5) Taat

Dan sebagai qiyadah, perkara yang paling menyenangkan hati kita dan meneruskan semangat kita untuk berjuang, adalah kalau kita suruh burung-burung marah itu menyerang ke atas, maka dia akan pergi ke atas, dan kalau ke kanan, maka dia akan pergi ke kanan.

Pasti tidak ada orang yang nak main, dan selama-lamanya babi-babi hijau itu akan gelak terkekeh-kekeh, jika qiyadah suruh serang ke kanan, dia pergi melayang ke atas.

6) Ukhuwah

Lastly, kena faham, bahawa ukhwah burung-burung yang marah itu sangat kuat, itulah teras dan tunjang utama kekuatan diorang, mereka sedih, marah, apabila saudara-saudara mereka dicuri telurnya, mereka merasai penderitaan saudara-saudara mereka.

Kerana sesungguhnya burung-burung yang berwarna itu bersaudara, seperti mana kita umat Islam bersaudara.

Jika salah satu daripada saudara kita sakit/derita, kita turut merasakan penderitaannya. Dan kita akan berusaha untuk menyelamatkan saudara kita, daripada musuh yang nampak di dunia, dan juga musuh yang tidak nampak, yang menarik kita ke api neraka.

Kenapa? Sebab kita menyayangi saudara kita, sesungguhnya dakwah ikhwanul muslimin itu adalah berteraskan dakwah kasih sayang. Kerana cinta kita kepada Islam dan Umat Islam, tidak akan wujud game Angry Birds, jika tidak ada ukhwah di kalangan mereka.

Begitu juga tidak akan wujud gerakan Islam, malahan mustahil akan menang gerakan Islam, jika tidak wujud ukhwah dan muhibbah antara semua umat Islam.

“Apabila telah datang pertolongan Allah dan kemenangan. Dan engkau melihat manusia berbondong-bondong memasuki agama Allah. Maka bertasbihlah dengan memuji Tuhanmu dan mohonlah ampunan kepadaNya. Sungguh, Dia Maha Penerima Taubat” (An-Nasr 110:1-3)

Sedarlah. Pertolongan Allah tidak akan datang jika tidak wujud ukhwah dan kesatuan di kalangan umat Islam dan prinsip kepada kesatuan itu terletak pada Usul 20 oleh Imam Hassan Al-Banna.

Semua yang korang baca tadi adalah pengajaran daripada Angry Birds.

Tapi ada satu lagi pengajaran yang tersirat, iaitu jika kita melihat dunia ini dengan perspektif Islam yang jernih, kita akan memasuki sebuah dunia yang berbeza, dan kita akan mampu melihat apakah masalah umat Islam sebenarnya, sehingga mereka tidak mampu menang-menang lagi sampai sekarang..

"UKHWAH TERAS KEGEMILANGAN" 

Dipetik dari : Nizarazu.com

Ahad, 9 Disember 2012

7 Air Terjun Paling Tinggi dan Extreme


Assalamualaikum dan selamat sejahtera, secara umumnya semua orang tahu keindahan air tejun. Tapi ramai yang tidak mengetahui bahawa ada 7 air terjun yang tertinggi di duniadan paling bahaya di dunia ini?
1. Angel Falls, Venezuela
Air Terjun Tertinggi Di Dunia
Air terjun tertinggi di dunia dengan ketinggian 979 meter (3.212 kaki), terletak di Canaima National Park

2. Tugela Falls, Africa Selatan
Air Terjun Tertinggi Di Dunia
Air terjun tertinggi kedua di dunia dengan ketinggian 948 meter (3,110 kaki), menurun dari tebing curam di Drakensberg (Dragon’s Mountains) di dalam Royal Natal National Park

3. Ramnefjellsfossen, Norway
Air Terjun Tertinggi Di Dunia
Dengan ketinggian 818 meter (2,685 kaki), air terjun ini menghiasi danau Lovatnet yang indah

4. Mongefossen,Norway
Air Terjun Tertinggi Di Dunia
Dengan total tinggi 773 meter (2,535 kaki) terletak di utara rauma railway

5. Gocta Cataracts, Peru

Air Terjun Tertinggi Di Dunia
Terletak di provinsi di wilayah Chachapoyas Amazona, Peru dengan ketinggian 771 meter (2,532 kaki)

6. Mutarazi Falls, Zimbabwe
Air Terjun Tertinggi Di Dunia
Terletak di lembah honde Zimbabwe dengan ketinggian 762 meter (2,499 kaki)

7. Yosemite Falls, USA
Air Terjun Tertinggi Di Dunia
Dengan ketinggian 739 meter (2.425 kaki), Yosemite Falls yang terkenal di dunia adalah air terjun tertinggi yang di ukur di Amerika Utara dan salah satu harta dari Yosemite National Park.

Sabtu, 8 Disember 2012

Kisah Seorang Pemuda Belikan Daging Babi Untuk Buka Puasa





Tak mampu saya nak tahan air mata ketika mendengar kisah benar yang diceitakan oleh seorang ustaz dalam tazkirahnya di sebuah masjid dalam kawasan Jengka baru baru ini.Sekitar awal 90an,seorang pemuda 30an menjerit jerit seorang diri di rumahnya tiap kali sampai waktu maghrib terutamanya di bulan Ramadhan,dia meraung setiap hari bagaikan orang diserang histeria.Jirannya membawa lelaki itu bertemu dengan ustaz tadi yang ketika itu bertugas sebagai pensyarah UiTM Kuantan untuk diubati.
Pemuda melayu itu kemudiannya menceritakan satu peristiwa menyayat hati.Ceritanya beberapa tahun sebelum itu dia tinggal dengan ibunya.Dia seorang yang nakal dan liar.Tidak mengerjakan solat dan berpuasa.Suatu hari ibunya meminta dia belikan lauk untuk berbuka puasa,lelaki itu sedang tidur.Dia tak mahu pergi ke pasar.Berulang kali disuruh sang ibu,dia tetap berdegil.Hingga akhirnya dengan perasaan marah kepada siibu yang terus memaksa,dia terus ke pasar dengan hati yang tidak ikhlas,dibelinya daging untuk ibunya memasak.Si ibu gembira, berselera dia berbuka puasa hari itu.
Pemuda berhenti bercerita kepada ustaz.Tiba tiba dia menangis lagi.Meraung bagaikan dirasuk syaitan.Dalam sedu tangisnya dia bertanya ,”Ustaz tahu daging apa yang saya beli?”,Ustaz menggeleng kepala tanda dia tidak tahu.”Daging apa?” tanya ustaz kembali.”Saya beli daging babi ustaz!,saya berdosa Ustaz”jawab pemuda itu.Ustaz tergaman tidak terkata. Masya Allah hanya itu saja yang mampu diungkapkan.

 Lelaki 30 an meneruskan cerita.Pernah satu hari dalam bulan Ramadhan saya belikan daging ular yang siap dipotong untuk ibu saya menyediakan lauk berbuka puasa ceritanya lagi.Saya bagi tau ibu,saya belikan ekor lembu untuk ibu buat sup.Maghrib itu ibu berbuka dengan sup ular yang disangkakannya sup ekor.Ya Allah besarnya dosa saya ustaz.
Dalam senda tangisnya itu pemuda itu memberitahu ustaz itu lagi, ibunya selepas itu ditimpa sakit dan meninggal dunia.Selepas meninggal dunia pemuda itu telah insaf dan bertaubat.Tetapi setiap kali tiba nya waktu Maghrib terutamanya bulan Ramadhan,pemuda itu tidak dapat lupa kejahatannya memberi ibunya berbuka puasa dengan daging babi dan ular.Dia tak mampu menahan perasaan bersalahnya ketika itu yang menyebabkan dia akan menangis dan meracau setiap hari mengenangkan dosa dosanya kepada si ibu yang sudah tiada di muka bumi ini.
Semua ahli jamaah yang mengikuti tazkirah malam itu begitu teruja sekali.Bayangkan adanya pada zaman moden ini anak yang sanggup memperlakukan ibunya sendiri seperti dilakukan pemuda tadi.
Ustaz menghabiskan tazkirahnya malam itu dengan mengingatkan hadis nabi beahawa malaikat berdoa ,laknat Allah ke atas mereka yang yang mengabaikan kedua ibu bapanya ketika mereka telah tua.Dua orang ibu bapa boleh pelihara sepuluh orang anak hinga remaja.Tetapi sepuluh orang anak belum tentu dapat jaga kedua orang tuanya ketika mereka sudah tua.
Semoga taubat lelaki itu diterima oleh Allah dan dijadikan pengajaran.




Selasa, 13 November 2012

Soalan dan Jawapannya

Lelaki Inggris bertanya: "Kenapa dalam Islam wanita tidak boleh jabat tangan dengan Lelaki?"

Syeikh menjawab: "dapatkah kamu berjabat tangan dengan ratu Elizabeth?

Lelaki Inggris menjawab: "Oh tentu tidak boleh! Cuma orang-orang tertentu saja yang dapat berjabat tangan dengan ratu."

Syeikh tersenyum & berkata: “Wanita-wanita kami (Kaum muslimin) adalah para ratu, & ratu tidak boleh berjabat tangan dengan Lelaki sembarangan (yang bukan mahramnya).”

Lalu si Inggris bertanya lagi, "Kenapa perempuan Islam menutupi tubuh dan rambut mereka?"

Syeikh tersenyum dan punya 2 coklat, ia membuka yang pertama terus yang satu lagi tertutup. Dia melemparkan keduanya ke lantai yang kotor.

Syeikh bertanya: “Jika saya meminta Anda untuk mengambil satu coklat, mana yang Anda pilih?"

Si Inggris menjawab: "Yang tertutup...”

Syeikh berkata: “Itulah cara kami memperlakukan dan melihat perempuan kami.”

Si Inggris menjawab: "Wow Islam is Amazing...”

Isnin, 12 November 2012

Pisang kaki Baik Untuk Kesihatan

-sejenis buah berkhasiat dan mengandungi vitamin C,glukos,sukros,fruktos serta iodin.
-bernilai tinggi dari segi perubatan 
-ia amat berkhasiat dalam menurunkan tekanan darah tinggi,meningkat pengaliran darah dalam pembuluh darah koronori,mengatasi masalah sembelit,dan meredakan sedu
-buah ini disebut pisang dan berwarna kuning tetapi bentuk serta isinya tidak menyerupai pisang-pisang lain
-buah ini berbentuk bulatberisi rangup dan berbiji
-berasal dari keluarga Ebenacea
- serbuk putih yang terdapat pada permukaan buah pisang kaki yang kering juga manis rasanya dan mengandungi manitol, glukos, dan Vitamin C juga amat baikuntuk paru-paru dan jantung

Jumaat, 2 November 2012

Khasiat Kentang

-Antaranya pottasium,vitamin C(sumber kedua selepas oren),membekalkan karbohidrat kompleks dan fiber atau gentian kepada gula darah(blood sugar)dan pengawalan tekanan darah.
-ia juga mengandungi vitamin B1,B2 dan B3serta sedikit kandungan protein dan zat besi.
-jumlah lemaknya adalah dibawahparas 25 peratus sehingga dapat menghalang endapan kolesterol di dalam lapisan saluran darah.
-kandungan pottasium kentang ,2 kali ganda dari kandungan pottasium dalam pisang dan fiber.
-ianya sangat baik untuk menstabilkan tekanan darah

Tak Tahu nak Tulis Apew....Ni Main Tekan-tekan Jew...

Dah lama tak tulis ....sebab  tidak berasa hendak menulis nye lagi....ape pun sebenarnya tak ade pun nak ditulis lagi ....,.,.,dah takde idea....ni diakibatkan banyak peristiwa yang saya berfikir dan terfikir.....

   Sebab2 tertera di bawah

1. Video Matluthfi...sape kenal???(mesti ramai hok kenal)
2.  Peperiksaan yang telah berlalu dengan keputusannya
3. dan lain-lain lagi

takde ape dah....cerita seterusnya ialah di post seterusnya kes takde idea 

Sabtu, 5 Mei 2012

Tubuh Manusia

>>Kita akan menjerit serta-merta apabila terkena benda panas atau luka kerana saraf yang membawa            maklumat rasa sakit bergerak ke otak pada kelajuan 120 meter sesaat!
>>Setiap hari jantung mengepam darah seperti melakukan kerja mengangkat satu tan barang ke tingkat lima!
>>Sehelai rambut walaupun halus mampu mengangkat berat sebanyak tiga kilogram! << SAKIT!!!!!!!!

Khamis, 3 Mei 2012

Banyaknya Makan !!

Paus biru ialah haiwan terbesar di dunia ini.Hatinya sebesar sebuah kereta dan lidahnya sepanjang seekor gajah!Tapi paus biru tak makan gajah.Ia akan makan tumbuh-tumbuhan yang sangat kecil di dasar laut seperti plankton .Plankton lebih kecil dari sebiji kacang.Jadi,paus kena makan baanyyaaak Plankton untuk membesar.Kesian dia. 

Rabun Warna

Lembu ialah binatang yang rabun warna.Ia akan mengejar apa saja kain yang dikibarkan oleh madator di depannya ,tidak kira merah atau kuning.Siapa-siapa yang memakai baju berwarna merah boleh menarik nafas lega kalau terserempak dengan lembu selepas ini!
**madator:(orang yang bertugas dalam sukan perlawanan lembu)

Rabu, 2 Mei 2012

Diet Oh Diet

Purata sebiji pisang mengandungi 90 kalori (kira-kira 90 peratus keperluan karbohidrat yang diperlukan tubuh badan ).Ia juga mengandungi vitamin B,C dan Potassium(kalium)yang dapat menghasilkan tenaga.Pisang amat sesuai dijadikan makanan diet kerana kandungan lemak,garam dan kolestrolnya yang sangat rendah

Khamis, 19 April 2012

TABIAT PEMALAS YANG PERLU DIUBAH

TABIAT PEMALAS YANG PERLU DIUBAH

Cuba periksa diri kita, mana satu menjadi amalan seharian :

1. Bangun subuh lewat

2. Tidur selepas subuh

3. Melewatkan waktu subuh

4. Ala kadar je bangun subuh

5. Tak bangun pun solat subuh

Sahabat-sahabat, masih ingat lagikah? 

Di waktu zaman berhingus dulu? 

Ustaz yang mengajar subjek Pendidikan Islam selalu bertanya di dalam kelas,

"Siapa yang tak cukup solat 5 waktu semalam, sila berdiri"

Tanpa segan silu, secara berjemaahnya kita pun bangun sahabat. 

Dan bila ditanya, rata-rata yang tak cukup solat 5 waktu, adalah kerana tidak bangun subuh. 

Kenapa ya sahabat?

Dan kenapa dari kecil lagi, kita dididik sebegini? 

Diberi penekanan betapa pentingnya bangun subuh dan meraikan ke"subuh"an dengan cara tidak tidur semula seperti bebelan mak kita.

"Jangan tidur lepas subuh. Rezeki tak masuk nanti"

"Anak dara tak manis tidur banyak. 

Matahari terpacak atas kepala baru nak bangun"

JIKA MAHU BERMUHASABAH

Rasulullah SAW tidak tidur selepas menunaikan solat subuh kerana Allah memberkati umat ini yang berpagi-pagi, 

"Ya Allah, berkatilah umatku yang berpagi-pagi." 

Untuk itu, para fuqaha' meMAKRUHkan tidur selepas solat subuh.

Walaupun hakikatnya tiada dalil dan hadis-hadis sohih mengenai larangan tidur selepas subuh, dan yang ada cuma pendapat daripada para ulama mengenai tidur selepas subuh adalah MAKRUH tetapi tiada larangan tidur selepas subuh.

Dinukilkan oleh Imam as-Safarini mengenai kemakruhan tidur selepas solat Subuh dan Asar : 

"Dimakruhkan tidurmu - wahai mukallaf - selepas solat Subuh, kerana waktu itu adalah WAKTU MENCARI REZEKI dan berusaha (syara' dan 'uruf) di sisi orang yang BERAQAL".

Tetapi, kita sedar tak wahai sahabat?

Kenapa seharian hidup kita tidak bermaya dan tidak bersemangat?

Kadangkala kita pernah menangis kerana tiada duit untuk bayar sesuatu yang penting, malah setiap hari kita pohon kepada Allah agar dimurahkan rezeki, tetapi seolah-olah tiada kesannya?

Kalau orang perempuan, bermacam-macam jenis pencuci muka dicubanya semata-mata nak "kulit bercahaya".

Kalau orang lelaki pula, kerisauan yang tak menentu, jadi bermacamlah "ubat kuat" yang dipakainya.

Kita nak ke isteri macam ini? 

Nak ke suami yang sebegini?

Masing-masing menggeleng tersengih sendirian. 

Jika kita tak nak pasangan seperti sedemikan rupa, maka kitalah orang pertama dahulu yang kena berubah. 

Bukan nanti, tetapi sekarang.

MASA UNTUK BERUBAH

Maka untuk itu tidak ada alasan lagi untuk menyeru kepada PERUBAHAN.

Buat diri, pastikan masa yang terluang selepas subuh diisi dengan pelbagai aktiviti yang bermanfaat. 

Jangan tidur terlalu lewat jika sayangkan waktu keemasan di kala subuh.

Buat ahli jemaah, sudahlah diri sibuk, hanya masa ini sahajalah waktu untuk belajar. 

Gunakan masa sebaiknya.

Buat suami, carilah rezeki. Jangan tidur.

"Kemudian setelah selesai solat, maka betebaranlah kamu di muka bumi (untuk menjalankan urusan masing-masing) 

dan carilah apa yang kamu hajati dari limpah kurnia Allah, serta ingatlah akan Allah banyak-banyak (dalam segala keadaan) supaya kamu berjaya (di dunia dan di akhirat). 
- Surah Al-Jumuah (Ayat 10)

Buat isteri, masaklah, kemas rumah dan sebagainya. 

Takkan hilang seri rumahtangga kalau kehidupan bermula sebelum terbit fajar. 

Mak mertua pun tak bising lagi.

"Pesanan terpenting untuk para imam dan bakal imam terutamanya untuk diri sendiri, biasakan diri jangan tidur lepas subuh dan jangan tinggal solat jemaah di masjid, nanti selepas kahwin boleh didik isteri, kalau tak dua-dua hanyut."

Buat pelajar, kalau nak tips study smart ingat hadith ini "kalau tidur selepas subuh papa dan tidur selepas asar boleh jadi 'gila'." 

Jangan salah pilih waktu untuk belajar atau menghafal.

Ibnul Qayyim pernah berkata,"Pagi hari bagi seseorang itu seperti waktu muda dan akhir harinya seperti waktu tuanya."

Amalan seseorang di waktu muda berpengaruh terhadap amalannya di waktu tua. 

Jadi jika seseorang di awal pagi sudah bermalas-malasan dengan sering tidur, maka di petang harinya dia juga akan bermalas-malasan pula.

Antara AKAL dan NAFSU. 

Pertarungan ini hanya dimenangi jika manusia bersandarkan IMAN. 

Jika tidak manusia sama sahaja seperti haiwan, tidak menggunakan akal dengan betul. 

Pembaziran masa adalah perkara yang sangat merugikan. 

Dan hanya syaitan yang suka pembaziran. 

Masa itu ibadah. 

Semoga Allah memberi kebijaksanaan dan kekuatan untuk kita sama-sama mengikut perintah-Nya.

Sedang Nabi melewati anaknya Fatimah RA yang sedang berbaring pada waktu Subuh, maka Baginda bersabda :

"Wahai anakku, bangunlah dan hadaplah rezeki Tuhanmu, dan janganlah engkau jadi dari kalangan orang yang lalai,

sesungguhnya Allah membahagikan rezeki manusia di antara terbit fajar hingga terbit matahari." 
(Diriwayatkan al-Baihaqi)