The Stories From Blogger Boyz...

STORiES BECAME SOMETHiNG...

Rabu, 8 April 2015

Subhanallah, Alhamdulillah, Allhuakbar !

Alhamdulillah, tiada ungkapan yg mmpu diucapkan...

MASSMIT telah berlalu, sebulan tk boleh balik, hasil alhamdulillah baik.. yeay ! johan !

ulasan sendiri..
_________________________________
Rabu, 1 April 2015, 5:45 ptg

KOSPINT 7-0 IKON ( imtiaz K. Nerus )

-alhamdulillah, memang dijangka menang pun, ini nasib jee.. sebb lawan dengan form 1 sumenye.
p\s : Imtiaz K.nerus baru dibuka


Khamis, 2 April 2015, 9:15 pg

KOSPINT 1-2 Imtiaz Q-Ber

- kecundang, tp untuk sementara. permainan 'tika-taka' yg dirncang tidak berjalan dengn baik.
- tekanan melanda ...wushhh ! nasib lah bermain dalam kategeori Liga untuk 3 perlawanan pertama !
- tiada pertukaran first eleven dengan first match


Jumaat, 3 April 2015, 7:45 pg

KOSPINT 7-2 IKEM ( imtiaz Kemaman )

- semangat membara, walaupun dengan kesihatan keeper yg baru pulih.
- alhamdulillah, layak ke separuh akhir sebagai Naib Johan Kump A



Jumaat, 3 April 2015, 5:45 ptg

KOSPINT 1-0 SMIDEANS ( Imtiaz Dungun )

- Ahamdulillah, semangat yang membara, walaupun bermain 2 perlawnn sehari.. perghh !
- layak ke final, jaringan pemain berbisa, Zaza, Zulfathi Zaki
- sedikit pertukaran, backup striker dan keeper


Sabtu, 4 April 2015, 7:45 pg

KOSPINT 1- 0 Imtiaz Q-Ber

berbekalkan semangat yang tinggi, dengan harapan yang menggunung tinggi, kami  JUARA !
- taktikal menjadi doe, gol tak sampai 3 minit perlawanan.
- bermain dalam corak defend dan counter attack
- first eleven sama seperti perlawanan sebelumnya..



alhamdulillah. tak sangka menang, insya Allah mnjadi kenangan di usia muda ke tua ! Jatuh sekali bukan alasan jatuh berkali-kali .. Doa, Usaha , Tawakkal kpd Allah ! Sekian, pelajar yg sedang terpenjara..
* curi2 masuk makmal komp semate-mate nk tulis ni.. heheee *

* diari sendiri seorang pelajar.. :D

Khamis, 19 Mac 2015

Lagenda Budak Hostel ; Dipanggil ?

Pemberitahuan awal : Cerita ini ditulis tentang pengalaman seorang budak hostel, yang mana ianya kisah benar berdasarkan cerita beliau itu sendiri. Cerita ini tiada kaitan dengan movie Lagenda Budak Hostel ..

 

  Pada suatu petang, mengikut kebiasaannya, sume pelajar diminta untuk tunggu di dalam surau selepas solat asar bagi sama-sama membaca Al-mathurat. Tapi, aku ada halangan.

  Pada petg tu, aku ade perlawanan bola sepak di padang sekolah. Teammate aku sume daa keluar . Tapi aku yg last kluar. Tetibe, aku dihalang oleh seorang pelajar tingkatan 5 daripad kluar suaru, dengn alasan menuduh saya MEMONTENG bacaam Al-mathurat. Then aku beri lah alasan aku, ade perlawanan bola sepak. dia TAK PERCAYA. Aku berjalan action tidak menghiraukan 'mamat' td. Sebelum aku sempat kluar, dia sempat menjerkah aku, dan dia berkata " malam ni, di bilik MPA, ".

Oh, lupe nk beritahu, dia ni seorang ahli MPA.    
* MPA- Majlis Pengawas Asrama

  Perasaan takut mula menyelubungi aku skit-skit. Maklumlah, abang yang panggil aku bukan kecil badannya. Body builder katakan. pada malamnya, aku buat-buat lupa. semuanya berjalan lancar, hinggalah aku terserempak dengannya di depan bilik MPA tu sendiri. " knaperlah jumpe dia masa nii ! ," hatiku berbisik. Ketika itu aku dalam perjlnn ke surau, ulangkaji untuk peperiksaan esok. lalu dia melihat aku dan berkata kepada aku " mari bilik aku kejp lagi, kalau tak.. " . gerun aku dibuatnya. nak tak nak, aku membatalkan studygrup ak ngn Omar, (tuan nama mintk mention).

  Aku masuk ke bilik MPA dalam sekitar pukul 12. Macam yang di agak, ak disoal seperti perompak bank, bertanya knape ak merompak bank, padahal aku lihat orang merompak bank.

  Aku memutarbelitkan isu, dengan berkata kpd abg tu yg ak meng'qada' bacaan tersebut. dengn sedikit drama, ak berjaya melengahkan keadaan, sehinggalah seorang warden datang ke asrama, round satu asrama, ketika itu, aku dilepaskan, sekitar pukul 12.20 .

  Entah kenapa, rasa seperti ak telah menang sesuatu yg besar, kerana ak dlepaskan tnpa apa-apa ! klau dengar cerita dengan kawan abg-abg lain, bukn sume, abg agak 'bergurau' .

tp sebaliknya berlaku kpd aku.

tp ak tahu, upper form bukn buat sume itu dengn sengaja, mereka Mengajar Adab dengan Adat .
hablumminaAllah itu mungkin yg mahu dijaga oleh abg-abg sekalian.



jangn ambil yg negative, renung apa yg positive :)



Sabtu, 8 Mac 2014

Pesawat Penerbangan Malaysia MH 653 Terhempas di Tanjung Kupang 4 Disember

 



Info Tragedi

* Pesawat: Penerbangan Malaysia MH 653
* Dari: Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang
* Destinasi: Lapangan Terbang Antarabangsa Subang
* Penumpang: 93 + (7krew)
* Kematian: 100 orang
* Jenis Pesawat: Boieng 737-2H6
* Tarikh: 4 December 1977
model Kapal Terbang Malaysia Airlines Penerbangan 653 (MH653), Boeing 737-2H6


Malaysia Airlines Penerbangan 653 (MH653), Boeing 737-2H6 pesawat udara yang didaftarkan sebagai 9M-mbd (dihantar September 1972 sebagai 9M-AQO), terhempas di Tanjung Kupang, Johor di Malaysia pada petang 4 Disember 1977. Ia dalah kemalangan maut yang dahsyat dan pertama bagi Malaysia Airlines, dengan semua 93 penumpang dan 7 anak kapal terbunuh serta-merta. Penerbangan itu nampaknya dirampas sebaik sahaja ia mencapai ketinggian pelayaran. Keadaan di mana rampasan dan kemalangan berikutnya berlaku kekal tidak dapat diselesaikan.

Antara berita-berita yang disiarkan di dalam surat khabar

 Rakaman suara kokpit menunjukkan bunyi pintu kokpit dilanggar di dalam, bersama-sama dengan jumlah yang berpatutan menjerit dan memaki. Tiada bunyi yang mendengar dari dalam kokpit untuk menunjukkan mana-mana daripada tiga penghuni sedar. Autopilot kemudiannya diputuskan, mungkin disebabkan kepada input padang oleh seseorang memasuki kokpit dan cuba untuk mengawal pesawat. Penyiasat spekulasi mendakwa seseorang ditarik pada ruang, menyebabkan padang diikuti oleh ayunan.

Pada jam 20:15, semua komunikasi dengan penerbangan MH653 telah hilang.
Pada jam 20:36, penduduk Kampong Ladang, Tanjong Kupang di Johor dilaporkan mendengar letupan dan melihat bangkai membakar dalam paya. Bangkai kemudiannya dikenalpasti sebagai Flight MH653. Pesawat melanda tanah pada sudut yang hampir menegak pada kelajuan yang sangat tinggi.

Beberapa spekulasi bahawa Tentera Merah Jepun adalah bertanggungjawab tetapi tiada bukti yang telah ditemui untuk menyokong teori tersebut. Ia kekal sebagai memori tragis di dalam sejarah penerbangan komersial di Malaysia, dan kematian yang dahsyat yang tidak dapat diselesaikan di dalam Malaysia.

Tragedi Tanjong kupang



 Tapak memorial kejadian 4 Disember

Mari ikuti kisah ini.


 JAM menunjukkan sekitar 7.21 malam pada 4 Disember 1977 apabila pesawat Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS) Boeing 737 MH653 berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Bayan Lepas, Pulau Pinang menuju ke Kuala Lumpur sebelum meneruskan penerbangan ke Singapura.Seramai 93 penumpang antaranya pelancong asing bersama tujuh krew penerbangan berada di dalam pesawat berkenaan.

Hampir setengah jam kemudian, pesawat berkenaan melalui Batu Arang dan dijadualkan mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Subang (LTAS) di Selangor.


 Hampir setengah jam kemudian, pesawat berkenaan melalui Batu Arang dan dijadualkan mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Subang (LTAS) di Selangor.

Bagaimanapun, secara tiba-tiba menara kawalan LTAB menerima makluman daripada juruterbang pesawat bahawa terdapat situasi cemas yang berlaku di dalam penerbangan itu, kira-kira jam 7.54 malam.

Ketika pegawai petugas menara kawalan meminta penjelasan lanjut, juruterbang berkenaan segera membalas dengan menyampaikan satu makluman yang amat mengejutkan - pesawat berkenaan dirampas pihak tertentu!

Mendengar penerangan itu, segera menara kawalan menyediakan landasan untuk pesawat berkenaan mendarat.

Pesawat berkenaan terbang semakin rendah untuk mencecah landasan tetapi belum pun sempat ia menjejakkan roda, tiba-tiba ia kembali terbang tinggi meninggalkan daratan.

Tanda tanya terus tercetus tatkala melihat tindakan aneh juruterbang tetapi ketika itu jugalah menara kawalan kembali dimaklumkan juruterbang pesawat berkenaan bahawa mereka akan meneruskan penerbangan ke Singapura.


Menara Kawalan Paya Lebar di Singapura terus dimaklumkan mengenai situasi cemas dihadapi penerbangan MH653 itu dan kelulusan untuk mendarat segera diberikan pihak berkuasa negara terbabit.

Akan tetapi, tidak lama selepas itu, secara tiba-tiba pesawat berkenaan terus hilang daripada radar menara kawalan. Segala usaha untuk mengadakan hubungan radio bagi menghubungi pesawat berkenaan juga gagal.

Runsing, cemas dan tanda tanya terus bercampur baur pada pihak berkaitan tatkala memikirkan kehilangan misteri pesawat terbabit daripada radar selain situasi cemas yang berlaku di dalam penerbangan berkenaan.

Sementara itu, malam yang tenang dan damai menyelubungi beberapa kampung di Tanjung Kupang yang terletak berhampiran Selat Tebrau kira-kira jam 8.30 malam.

Kebanyakan penduduk berada di dalam rumah masing-masing sambil berehat dan menonton televisyen manakala sebilangan lagi melepaskan penat lelah berikutan terdapat kenduri kahwin yang diadakan pada siangnya.

Tidak lama kemudian, satu bunyian aneh yang berdesing seakan bunyi wisel yang kuat mula menggemparkan penduduk kampung. Ada antara mereka yang berlari ke luar rumah untuk memastikan bunyi aneh apakah yang mencemari keheningan malam itu.

Ketika itulah mereka semua tersentak kekejutan - di hadapan mata mereka, kelihatan pesawat gergasi terbang dalam keadaan ‘bergoyangan’ dan amat rendah sehingga kelihatan seolah-olah berada betul-betul di atas pohon kelapa saja.

Kegemparan di jiwa penduduk masih belum hilang ketika pesawat berkenaan tiba-tiba terbang memutar dan hampir menegak. Satu letupan kuat kedengaran sebelum lampu pesawat itu terpadam dan kapal terbang itu terus terjunam ke satu lokasi berhampiran kampung berkenaan.

Pesawat berkenaan terhempas di permukaan tanah dan menggegarkan kawasan sekitar sehingga ada penduduk menyangka yang gempa bumi berlaku di kampung itu. Gegaran itu diiringi satu letupan teramat kuat dan api mula marak menjulang sehingga berpuluh meter ke udara.

Serentak itu juga banyak barang dan serpihan pesawat melayang bertebaran ke merata arah malah sehingga ke lokasi yang jauh.

Tidak lama kemudian, satu laporan diterima pihak polis berhubung tragedi kapal terbang yang terhempas di kawasan hutan bakau di Tanjung Kupang.

Kawasan yang terjejas

Laporan itu membawa berpuluh jentera bomba, ambulans dan kenderaan menyelamat bersama lebih 100 pihak berkuasa termasuk polis, tentera, bomba dan petugas hospital ke lokasi nahas sekitar jam 10 malam bagi menjalankan operasi mencari dan menyelamat.

Pengawasan helikopter dari udara mendapati hempasan pesawat menjangkau lokasi luas sehingga 2.5 kilometer persegi malah ada kawasan yang menjadi lapang seumpama ‘padang jarak padang terkukur’ apabila banyak pohon bakau di kawasan itu tercabut dan patah dilanda pesawat.

Gerakan mencari dan menyelamat segera dilakukan dan ketika itu jugalah pihak terbabit mula sedar bahawa pesawat berkenaan berkecai akibat terhempas dan tiada siapa yang terselamat daripada tragedi itu.

Kenyataan itu lebih menyeramkan tatkala pasukan penyelamat mendapati bukan saja tiada mangsa yang berjaya diselamatkan malah jasad semua mereka juga hancur berkecai malah ada yang hanya ditemui sekadar cebisan daging.

Pelbagai peralatan daripada pesawat termasuk buku, surat, gambar, pakaian dan barangan keperluan mangsa bertebaran ke merata arah di seluruh kawasan tragedi yang luas malah cebisan jasad mangsa dipercayai turut hilang akibat terjatuh di kawasan perairan.

Kawasan sekitar juga mula diselubungi bauan mayat serta minyak pesawat dan hari itu, satu tragedi pesawat terhempas yang paling tragik dan dahsyat dicatat dalam sejarah hitam negara.

p/s: Ramai yang tak tahu tentang tragedi ni.. apa-apa pun ini satu sejarah hitam buat negara admin rasa admin patut share dengan koraqng semua..

Selasa, 24 Disember 2013

Sejarah Terusan Suez

Terusan Suez telah dibuka pada tahun 1869. Pembinaannya telah dibiayai oleh kerajaan Perancis dan Mesir.[5] Secara teknikal, kawasan terusan terletak di dalam wilayah berdaulat Mesir, dan syarikat pengurusannya iaitu Universal Company of the Suez Maritime Canal (Syarikat Terusan Suez) adalah sebuah syarikat berkanun Mesir, yang pada asalnya adalah sebahagian Empayar Uthmaniyyah.

Terusan Suez


Terusan ini mempunyai kepentingan strategik kepada Britain, dan juga kepada kuasa-kuasa Eropah yang lain. Bagi Britain, terusan ini merupakan jaringan laut dengan tanah jajahannya di IndiaTimur JauhAustralia dan New Zealand. Disebabkan kepentingan strategik terusan ini, begitu juga keadaan kawasan di sekitarnya. Oleh itu, pada tahun 1875, kerajaan Benjamin Disraeli Britain telah membeli saham milik Mesir dalam syarikat pengurusan, memperolehi sebahagian kawalan terhadap operasi terusan dan mengongsinya dengan pelabur persendirian Perancis. Pada 1882, semasa serangan dan pendudukan ke atas Mesir, United Kingdom secara de facto telah mengawal harta benda, kewangan dan operasi terusaan.
Konvesyen Constantinople (1888) telah mengistiharkan terusan ini sebagai zon berkecuali di bawah perlindungan Britain.[6] Bagi mengesahkannya,Empayar Uthmaniyyah telah bersetuju untuk membenarkan syarikat perkapalan antarabangsa bebas melalui terusan ini, pada masa perang dan aman.[7]

Pemandangan Terusan Suez dari atas 

Terusan Suez telah membuktikan kepentingan strategiknya semasa Perang Jepun-Rusia apabila Jepun membuat persetujuan dengan Britain. Jepun telah melancarkan serangan mengejut ke atas Armada Pasifik Rusia yang berpangkalan di Pelabuhan Arthur. Apabila Rusia menghantar pasukan tambahan dari Baltik, Britain tidak membenarkan Rusia untuk menggunakan terusan ini. Ini memaksa armada Rusia mengelilingi benua Afrika, dan telah memberi masa kepada tentera Jepun untuk berkumpul semula dan memperkukuhkan kedudukan mereka di kawasan ini.

Perbandingan Jarak Terusan Suez dengan Jarak Mengelingi Benua Afrika 

Kedudukan strategik terusan ini juga sangat ketara dalam kedua-dua perang dunia. Semasa Perang Dunia I, Britain dan Perancis telah menutup terusan ini kepada kapal-kapal dari bukan negara Bersekutu, dan dalam Perang Dunia II, terusan ini telah dipertahankan secara habis-habisan dalamKempen Afrika Utara.
Pada 1948, pemerintahan Britain di Palestin telah tamat, angkatan tentera Britain berundur dari Palestin dan Israel telah mengistiharkan kemerdekaandi kawasan yang dibahagikan oleh UNSCOP (Jawatankuasa Khas PBB ke atas Palestin) untuk negara Yahudi. Liga Arab telah mengistiharkan penolakan mereka dan enggan untuk mematuhi resolusi PBB terhadap penyelesaian dua negara berasingan, dan menyokong penyelesaian satu negara yang diketui oleh majoriti Arab, yang merangkumi kawasan Yahudi dan Arab. Ini telah membawa kepada Perang Arab-Israel 1948 yang manaIsrael telah berjaya mengalahkan negara-negara Arab, termasuk Mesir. Kegagalan rundingan damai selepas perang, bercampur dengan pertikaian sempadan di antara Israel dengan jirannya pada tahun-tahun berikutnya, telah membantu memupuk kebencian Arab-Israel.

Ahad, 1 Disember 2013

Sejarah Permainan : Hoki

Walaupun hoki tidak sepopular seperti bola sepak tetapi hoki adalah salah satu permainan yang telah lama dimainkan oleh manusia. Ia mula dikenali sebagai sukan demonstrasi di Sukan Olimpik pada tahun 1900 dan dijadikan salah satu sukan yang ditandingkan pada tahun 1928. Sejak itu ia dimainkan dalam Sukan Olimpik.

Adalah sukar untuk menyatakan dengan pasti bila dan di mana dimainkan pertama kalinya. Sejarah menunjukkan hoki telah dimainkan lebih kurang 4000 tahun yang lalu di Mesir. Bukti ini ditunjukkan atas sebuah makam Bani Hasan dekat Minia, Mesir yang sekitar 2000 S. M. Ia menunjukkan saw lukisan yang menggambarkan dua orang melakukan buli seperti yang digunakan dalam permainan hoki.

Sebelum penemuan ini, dipercayai bahawa hoki bermula di Parsi sekitar 500 S.M. Ini adalah berdasarkan pada bukti bahawa orang Parsi menunggang kuda untuk bermain polo pada zaman itu. Dan dikatakan hoki adalah keturunan langsung daripada polo. Sejarawan sukan pula berpendapat bahawa polo adalah versi hoki yang halus yang wujud lebih awal. Hoki juga wujud di Greek dan Parsi sekitar 500 S.M. Bas-reliefs (seni-arca dinding) yang ditemui di Athens, menggambarkan permainan yang menyerupai hoki telah dimainkan.

Orang Indian Aztec daripada Mexico pernah bermain saw permainan kayu yang mempunyai persamaan dengan hoki. Perlawanan mereka adalah di antara puak-puak dengan kedudukan yang agak berjauhan. Kadangkala hampir semua penduduk lelaki yang berjumlah seramai 1000 orang sepasukan mengambil bahagian. Kayu-kayu dan bola-bola berat digunakan. Permainan ini kasar dan menyebabkan mereka mengalami kecederaan yang berat.

Di Ireland, hoki dikenali sebagai hurley dan di Scotland pula ia dinamakan Shinty, tetapi permainan hoki sekarang barangkali mendapat namanya daripada Perancis iaitu houquet. Orang Belanda juga mempunyai permainan yang serupa. Namun begitu hoki moden banyak terhutang budi kepada orang Inggeris. Dahulu permainan itu dipanggil commock sehinggalah sekitar tahun 1840 apabila nama hockie digunakan. Pada tahun 1800-an permainan hoki mula menjadi popular di sekolah-sekolah di England.

Apabila hoki menjadi lebih popular, peraturan-peraturan mula dibuat dan diterima oleh pelbagai kumpulan. Pada tahun 1883, Kelab Hoki Wimbledon ditubuhkan. Pada tahun 1886 pula Persatuan Hoki British (B.ELA.) ditubuhkan dengan Prince of Wales pada masa itu (bakal raja King Edward VII) sebagai presiden pertama. Beberapa kelab daripada seluruh England telah menjadi ahli. Persatuan ini telah menyusun peraturan permainan secara lebih terperinci dan standard diasasi telah dilakukan di antara pelbagai kelab. Kaum wanita yang berminat juga mula menubuhkan kelab-kelab dan mengelolakan perlawanan-perlawanan. Tidak lama selepas itu negara-negara lain mula mengambil dan menggunakan peraturan-peraturan yang telah disusun oleh B.H.A. dan pertandingan hoki antarabangsa pertama di antara England dengan Ireland telah diadakan.

Sumber: Helen Ten H.B., M.P. Haridas, Panduan Mengajar Hoki

Sabtu, 16 November 2013

Nama Asal Negara Vietnam

Vietnam /ˌvjetˈnɶm, ˌvi:et-, -ˈna:m/ (Bahasa Vietnam: Việt Nam) , secara rasminya Republik Sosialis Vietnam (Bahasa Vietnam: Cộng hòa Xã hội Chủ nghĩa Việt Nam), ialah negara paling timur di semenanjung Indochina di Asia Tenggara, bersempadan dengan China di utara, Laos di barat laut, dan Kemboja di barat daya. Di pantai timur negara ini adalah Laut China Selatan. Dengan bilangan penduduk mencecah 87 juta, Vietnam ialah negara ke-13 teramai penduduknya di dunia. Negara ini juga tersenarai di kalangan "sebelas ekonomi yang seterusnya"; menurut perangkaan kerajaan, kadar kenaikan KDNK mencatat 8.17% pada tahun 2006, iaitu kadar pertumbuhan KDNK kedua terpantas di kalangan negara-negara Asia Timur dan yang terpantas di Asia Tenggara.
Selama beribu-ribu tahun, Vietnam sebagai sebuah negara pernah diberi pelbagai nama: Văn Lang ketika Dinasti Hùng Vương, Âu Lạc ketika Dinasti An Dương Vương, Vạn Xuân ketika Dinasti Lý Awal, Đại Cồ Việt ketika Dinasti Đinh dan Dinasti Lê Awal. Sejak tahun 1054, Vietnam digelar Đại Việt (Viet Besar). ketika Dinasti Hồ, Vietnam memakai nama Đại Ngu tetapi kemudiannya beralih ke Đại Việt semula. Pada tahun 1804, Raja Gia Long merancang untuk menggunakan nama Nam Việt untuk Vietnam tetapi Dinasti Qing di China tidak setuju, lalu menukarnya kpeada Việt Nam. Dari tahun 1839 hingga 1945, Raja Minh Mạng menamakan semula Việt Nam menjadi Đại Nam.
Nama Việt Nam pernah dipakai untuk memanggil negara ini sebelum dijadikan nama rasmi dalam "Dư địa chí" oleh Nguyễn Trãi pada tahun 1435 dan mungkin juga tahun-tahun sebelumnya. "Việt" ialah naam bagi kelompok etnik terbesar di Vietnam, iaitu Kinh (người Kinh), manakala "Nam" bermaksud Selatan yang menekankan kedaulatan Vietnam's daripada negara China (yang biasanya bergelar "negara Utara" oleh orang Vietnam).

Serangan 9/11

Minggu lepas adalah ulang tahun serangan 9/11. Ramai yang tertanya-tanya apa itu serangan 9/11... jom usha bawah ..

Serangan 11 September 2001 (juga digelar 9/11) ialah empat siri serangan berani mati yang teratur oleh al-Qaeda ke atas Amerika Syarikat pada 11 September 2001. Pada pagi itu, 19 orang pengganas al-Qaeda merampas empat buah kapal terbang penumpang komersil.[2][3] Para perampas itu sengaja menghempaskan dua pesawat ke arah Menara Berkembar World Trade Center (Pusat Dagangan Dunia) di Bandar Raya New York, sekaligus mengorbankan nyawa semua penumpang dan kebanyakan pekerja dalam bangunan terbabit. Kedua-dua menara runtuh dalam masa dua jam, menyebabkan bangunan berdekatan turut musnah atau mengalami kerosakan. Mereka juga menghempaskan pesawat ketiga ke arah bangunan Pentagon di Arlington, Virginia, dekat Washington, D.C. Kapal terbang yang keempat pula terhempas di kawasan berdekatan pekan Shanksville di negeri Pennsylvania setelah beberapa penumpang dan kakitangannya cuba merampas semula kapal terbang itu yang dihalakan oleh perampas ke arah Washington, D.C., untuk menyasar Bangunan Kapitol atau Rumah Putih. Semua penumpang keempat-empat pesawat terkorban.
Seramai 3,000 mangsa dan kesemua 19 perampas terkorban dalam serangan.[4] Menurut Jabatan Kesihatan Negeri New York, sehingga Jun 2009, sejumlah 836 orang yang bertindak memberi bantuan untuk tragedi ini, termasuk anggota bomba dan polis telah meninggal dunia.[4] Di kalangan 2,752 mangsa yang terkorban dalam serangan di World Trade Center adalah 343 orang bomba dan 60 orang polis dari Bandar Raya New York dan Lembaga Pelabuhan.[5] 184 orang lagi terkorban dalam serangan ke atas Pentagon.[6] Kebanyakan besar mangsa korban ialah orang awam, termasuk warga 70 negara.[7] Selain itu, terdapat sekurang-kurangnya satu kematian tak langsung, akibat penyakit paru-paru kerana terdedah kepada habuk runtuhan World Trade Center.[8]
Kesangsian cepat dilemparkan ke arah al-Qaeda. Ketuanya, Osama bin Laden mula-mula menafikan bahawa dia terlibat, tetapi pada tahun 2004, akhirnya, beliau mengakui bertanggungjawab mendalangi serangan itu.[1] Amerika Syarikat bertindak balas terhadap kejadian ini dengan melancarkan Perang Terhadap Keganasan, menyerang Afghanistan untuk menjatuhkan kumpulan Taliban yang melindungi ahli-ahli al-Qaeda, serta menggubal Akta PATRIOT Amerika Syarikat. Pada Mei 2011, barulah bin Laden ditemui lalu dibunuh. Banyak lagi negara lain yang turut mengukuhkan perundangan anti-pengganasan serta menambah kuasa penguatkuasa undang-undang. Beberapa bursa saham Amerika ditutup sepanjang minggu selepas serangan, kemudian mencatatkan kerugian teruk sebaik sahaja membuka semula, terutamanya industri penerbangan dan industri. Kemusnahan ruang pejabat bernilai beribu juta dolar telah menyebabkan ekonomi Lower Manhattan teruk terjejas.
Kerosakan Pentagon dibersihkan lalu dibaik pulih dalam masa setahun, dan sebuah Tugu Peringatan Pentagon didirikan dekat bangunan itu. Proses pembinaan semula telah dilancarkan di tapak World Trade Center. One World Trade Center yang baru kini sedang dibina di atas tapak itu dan baru siap pada tahun 2013. Beberapa lagi menara sedang dibina di atas tapak itu bermula tahun 2007 hingga 2013.

Isnin, 28 Oktober 2013

Sejarah Permainan : Bola Keranjang

Permainan bola keranjang bermula sejak tahun1892. Permainan ini dicipta oleh Dr. James Naismith yang merupakan seorang jurulatih disekolah latihan Pertubuhan Belia Pemuda Kristian dan guru Pendidikan Jasmani dan Kesihatan di Kolej Springfield (dahulu dikenali sebagai sekolah untuk pekerja Kristian). Mss. Luther H. Gulick, ketua bidang sukan sekolah tersebut telah memberi Naismith tugas untuk mencipta satu permainan berpasukan yang boleh dimainkan semasa musim sejuk. Oleh itu, permainan ini harus dimainkan dalam gelanggang sesebuah bangunan.
Untuk permainan baru ini, James Naismith menggunakan bola yang digunakan untuk permainanbola sepak. Ini disebabkan oleh saiz bola tersebut yang cukup besar dan mudah untuk ditangkap. Naismith meminta pegawai penyelenggara bangunan sekolah tersebut untuk menyediakan dua kotak besar sebagai gol. Namun begitu, pegawai tersebut tidak mempunyai dua buah kotak seperti yang diminta oleh Naismith. Justeru, Naismith telah menggunakan dua buah bakul untuk permaianan ini. Kedua-dua bakul tersebut dipasang pada balkoni gimnasiumkira-kira 10 kaki dari aras tanah. Permainan bola keranjang pertama yang tercatat berlangsung antara pelajar-pelajar Naismith dalam kelas beliau pada Disember 1891. Naismith telah menamakan permaianan ciptaannya, basketball (Bahasa Melayu:Bola Keranjang).
^
|
gelanggang bola keranjang yg pertama di kolej Springfield

Sabtu, 26 Oktober 2013

Sejarah Permainan : Bola Sepak

Menurut FIFA, permainan-permainan yang mempunyai ciri-ciri bola sepak telah wujud di negeri China sejak abad ke-3 SM. Berbagai-bagai jenis permainan bola juga telah diperkenalkan pada Zaman Pertengahan Eropah.
Pada abad ke-19, permainan bola di sekolah-sekolah United Kingdom (yang mempunyai cara permainan yang berbeza mengikut sekolah) menjadi lebih popular. Lantaran itu, cara permainannya juga lebih teratur. Undang-undang awal diperkenalkan bagi menyeragamkan cara permainan yang berbeza-beza itu dan memudahkan pemain-pemain. Persatuan Bola Sepak England (The Football Association) telah ditubuhkan pada 1863 oleh beberapa kelab bola sepak. Persatuan ini berjaya menggubal undang-undang formal bola sepak yang pertama di dunia. Undang-undang ini kemudian berkembang menjadi Undang-undang Bola Sepak hari ini.
Kini, urusan Undang-undang Bola Sepak dikendalikan oleh Lembaga Persatuan Bola Sepak Antarabangsa (International Football Association Board). Lembaga ini ditubuhkan pada 1886 dan mempunyai lapan ahli – empat wakil FIFA, empat wakil persatuan bola sepak England, Scotland, Wales dan Ireland Utara. Segala pemindaan Undang-undang Bola Sepak perlu diluluskan oleh Lembaga melalui undian majoriti.
Populariti bola sepak telah meningkat terutamanya pada abad ke-20. Kini, bola sepak menjadi satu industri yang lumayan melalui pendapatan hak siaran televisyen dan penjualan tiket di stadium-stadium. Permainan ini dimainkan pada peringkat professional level di seluruh dunia. Berjuta-juta peminat biasanya pergi ke stadium bola sepak untuk mengikut pasukan pilihan mereka, manakala berbilion-bilion pula melihat perlawanan bola sepak di televisyen. Sebilangan besar pemain juga bermain bola sepak pada peringkat amatur.
Mengikut kajian yang dilakukan oleh Fédération Internationale de Football Association (FIFA), badan pentadbir bola sepak, yang diterbitkan dalam musim bunga 2001, lebih daripada 240 juta orang biasanya bermain bola sepak dalam lebih daripada 200 negara di seluruh pelusuk dunia. Peraturannya yang mudah dan memerlukan peralatan yang minimum tidak syak lagi menolong penyebaran dan tumbesaran dalam popularitinya.

Banyak pihak dalam dunia bola sepak membangkitkan keinginan yang sangat memainkan peranan yang penting dalam kehidupan individu samada peminat, komuniti tempatan, malah negara; oleh itu ia merupakan sukan yang sangat popular di dunia. Oleh kerana itu ia selalunya digelar sebagai Pilihan Kenangan Dunia Lalu.

Jumaat, 25 Oktober 2013

Sejarah Batu Bersurat

Batu Bersurat Terengganu yang dianggarkan telah berusia lebih kurang 700 tahun ini merupakan batu bersurat yang mempunyai ukiran yang paling tua dan tulisan Jawi pertama ditemui di Malaysia. Ia membuktikan Islam telah sampai ke Terengganu sebelum 1326 atau1386. Batu ini ditemui separuh tenggelam selepas banjir surut di tebing Sungai Tersat (Sungai Tara), Kampung Buluh di Kuala BerangHulu Terengganu pada tahun 1887,[1] (ada berpendapat 1899)[2].
Menurut sidang mesyuarat Lembaga Penasihat Antarabangsa UNESCO yang berlangsung di Barbados pada tanggal 13 Julai 2009, batu bersurat yang berusia lebih 700 tahun ini telah disenaraikan sebagai barang purba bernilai tinggi dan sesuai untuk mendapat pengiktirafan Warisan Dunia UNESCO.[3][4]
Fakta penemuan Batu Bersurat Terengganu bermula apabila saudagar Arab bernama Sayid Husin bin Ghulam al-Bokhari secara tidak sengaja menjumpai sebutir batu bersurat di tebing Sungai Tersat (Sungai Tara), Kampung Buluh di Kuala BerangHulu Terengganu selepas berlakunya banjir. Ia dijumpai di bahagian tangga surau Kampung Buluh yang dijadikan alas membasuh kaki untuk naik ke tangga surau tersebut. Batu Bersurat Terengganu ini menjadi bukti dan teks pada batu mengesahkan agama Islam sudah bertapak dan menjadi anutan masyarakat dan pemerintah di Terengganu sejak sekian lama. Selain itu, Islam merupakan agama rasmi di Terengganu.

Rabu, 23 Oktober 2013

10 Info Tentang Bayi yg Anda Tidak Tahu

1. Sekitar usia 3 bulan, bayi mula menelan air ketuban dan mengeluarkannya kembali sebagai air kencing. Ini untuk melatih sistem pencernaan dan perkumuhannya.

2. Bayi boleh menangis sejak di dalam perut lagi. Sekitar usianya 3 bulan, peti suara sudah mula terbentuk dan bayi sudah mula menangis tetapi dalam diam.

3. Seawal usia 4 bulan, bayi mula meneroka ruang di sekelilingnya. Dia mula bermain dgn tali pusatnya, menghisap ibu jarinya sendiri, berenang-renang, menendang sekelilingnya dan berpusing-pusing di dalam kantungnya. Tetapi lazimnya ibu yang baru pertama kali hamil tidak akan menyedari pergerakan bayi sehigga usianya 5 bulan.

4. Ketika usianya memasuki 4 bulan, bayi akan mula tersedu untuk melatih sistem pernafasan. Bila bayi tersedu, ibu dapat merasakan getaran halus atau denyut halus di perut.

5. Pada usia 5 bulan, bayi mula memberi reaksi kepada bunyi di luar perut ibunya dan akan menutup telinga dengan tangannya sendiri apabila mendengar bunyi kuat.

6. Sekitar usia 6 bulan, memori bayi mula terbentuk dan bayi dapat mengingati dan mengenali suara ibu bapanya dan mula meneroka anggota tubuh badannya.

7. Seperti kita, bayi di dalam perut juga bermimpi seawal usianya 7 bulan. Aktiviti bermimpi ini akan melatih perkembangan otak bayi.

8. Apabila otaknya sudah terbentuk, bayi akan dapat merasai kesakitan sejak di dalam rahim lagi. Apabila ibu tertekan atau stress, emosinya juga terganggu dan menyekat perkembangan mentalnya.

9. Sebaik sahaja deria rasanya terbentuk, bayi juga dapat merasa makanan yang dimakan oleh ibunya dan boleh mengerutkan dahinya dan memuncungkan mulutnya sebagi reaksi kepada rasa pelik makanan yang dimakan oleh ibu.

10. Sebaik sahaja lahir, pertama kali bayi membuka mata, anak matanya akan membesar untuk menampakkan kecomelannya untuk memikat hati orang di sekeliling terutama ibu bapanya. Sebab itulah bayi nampak comel.

Selasa, 22 Oktober 2013

Saya Tak Nafikan, Dia Memang Bijak !

A : Eh , kenapa kaki kau tuh ?
B : Kena Patuk ular .
A : tak mati pulak kau ? Kan ada bisanya ?
B : Aku sempat ikat kaki aku kuat² bagi tak mengalir bisanya .
A : kawan aku kena patuk juga tapi dia mati .
B : mati ? Dia kena patuk kat mana ?
A : Dekat pipi .
B : Macam mana boleh mati pulak ?
A : Dia ikat dekat leher dia ketat² .
B : --'

Hebat Ustazah !

Ustazah : "Saya tidak pernah menolak hukum poligami."

Jemaah : "Wah, hebat ustazah!"

Ustazah : "Saya tidak pernah melarang para suami nikah lagi."

Jemaah : "Wah, benar-benar kelas ustazah."

Ustazah : "Yang penting........"

Jemaah : "Yang penting...adil ye ustazah?"

Ustazah : "Bukan...yang penting, bukan suami saya

Jemaah : @%!^*