STORiES BECAME SOMETHiNG...

Sabtu, 16 November 2013

Nama Asal Negara Vietnam

Vietnam /ˌvjetˈnɶm, ˌvi:et-, -ˈna:m/ (Bahasa Vietnam: Việt Nam) , secara rasminya Republik Sosialis Vietnam (Bahasa Vietnam: Cộng hòa Xã hội Chủ nghĩa Việt Nam), ialah negara paling timur di semenanjung Indochina di Asia Tenggara, bersempadan dengan China di utara, Laos di barat laut, dan Kemboja di barat daya. Di pantai timur negara ini adalah Laut China Selatan. Dengan bilangan penduduk mencecah 87 juta, Vietnam ialah negara ke-13 teramai penduduknya di dunia. Negara ini juga tersenarai di kalangan "sebelas ekonomi yang seterusnya"; menurut perangkaan kerajaan, kadar kenaikan KDNK mencatat 8.17% pada tahun 2006, iaitu kadar pertumbuhan KDNK kedua terpantas di kalangan negara-negara Asia Timur dan yang terpantas di Asia Tenggara.
Selama beribu-ribu tahun, Vietnam sebagai sebuah negara pernah diberi pelbagai nama: Văn Lang ketika Dinasti Hùng Vương, Âu Lạc ketika Dinasti An Dương Vương, Vạn Xuân ketika Dinasti Lý Awal, Đại Cồ Việt ketika Dinasti Đinh dan Dinasti Lê Awal. Sejak tahun 1054, Vietnam digelar Đại Việt (Viet Besar). ketika Dinasti Hồ, Vietnam memakai nama Đại Ngu tetapi kemudiannya beralih ke Đại Việt semula. Pada tahun 1804, Raja Gia Long merancang untuk menggunakan nama Nam Việt untuk Vietnam tetapi Dinasti Qing di China tidak setuju, lalu menukarnya kpeada Việt Nam. Dari tahun 1839 hingga 1945, Raja Minh Mạng menamakan semula Việt Nam menjadi Đại Nam.
Nama Việt Nam pernah dipakai untuk memanggil negara ini sebelum dijadikan nama rasmi dalam "Dư địa chí" oleh Nguyễn Trãi pada tahun 1435 dan mungkin juga tahun-tahun sebelumnya. "Việt" ialah naam bagi kelompok etnik terbesar di Vietnam, iaitu Kinh (người Kinh), manakala "Nam" bermaksud Selatan yang menekankan kedaulatan Vietnam's daripada negara China (yang biasanya bergelar "negara Utara" oleh orang Vietnam).

Serangan 9/11

Minggu lepas adalah ulang tahun serangan 9/11. Ramai yang tertanya-tanya apa itu serangan 9/11... jom usha bawah ..

Serangan 11 September 2001 (juga digelar 9/11) ialah empat siri serangan berani mati yang teratur oleh al-Qaeda ke atas Amerika Syarikat pada 11 September 2001. Pada pagi itu, 19 orang pengganas al-Qaeda merampas empat buah kapal terbang penumpang komersil.[2][3] Para perampas itu sengaja menghempaskan dua pesawat ke arah Menara Berkembar World Trade Center (Pusat Dagangan Dunia) di Bandar Raya New York, sekaligus mengorbankan nyawa semua penumpang dan kebanyakan pekerja dalam bangunan terbabit. Kedua-dua menara runtuh dalam masa dua jam, menyebabkan bangunan berdekatan turut musnah atau mengalami kerosakan. Mereka juga menghempaskan pesawat ketiga ke arah bangunan Pentagon di Arlington, Virginia, dekat Washington, D.C. Kapal terbang yang keempat pula terhempas di kawasan berdekatan pekan Shanksville di negeri Pennsylvania setelah beberapa penumpang dan kakitangannya cuba merampas semula kapal terbang itu yang dihalakan oleh perampas ke arah Washington, D.C., untuk menyasar Bangunan Kapitol atau Rumah Putih. Semua penumpang keempat-empat pesawat terkorban.
Seramai 3,000 mangsa dan kesemua 19 perampas terkorban dalam serangan.[4] Menurut Jabatan Kesihatan Negeri New York, sehingga Jun 2009, sejumlah 836 orang yang bertindak memberi bantuan untuk tragedi ini, termasuk anggota bomba dan polis telah meninggal dunia.[4] Di kalangan 2,752 mangsa yang terkorban dalam serangan di World Trade Center adalah 343 orang bomba dan 60 orang polis dari Bandar Raya New York dan Lembaga Pelabuhan.[5] 184 orang lagi terkorban dalam serangan ke atas Pentagon.[6] Kebanyakan besar mangsa korban ialah orang awam, termasuk warga 70 negara.[7] Selain itu, terdapat sekurang-kurangnya satu kematian tak langsung, akibat penyakit paru-paru kerana terdedah kepada habuk runtuhan World Trade Center.[8]
Kesangsian cepat dilemparkan ke arah al-Qaeda. Ketuanya, Osama bin Laden mula-mula menafikan bahawa dia terlibat, tetapi pada tahun 2004, akhirnya, beliau mengakui bertanggungjawab mendalangi serangan itu.[1] Amerika Syarikat bertindak balas terhadap kejadian ini dengan melancarkan Perang Terhadap Keganasan, menyerang Afghanistan untuk menjatuhkan kumpulan Taliban yang melindungi ahli-ahli al-Qaeda, serta menggubal Akta PATRIOT Amerika Syarikat. Pada Mei 2011, barulah bin Laden ditemui lalu dibunuh. Banyak lagi negara lain yang turut mengukuhkan perundangan anti-pengganasan serta menambah kuasa penguatkuasa undang-undang. Beberapa bursa saham Amerika ditutup sepanjang minggu selepas serangan, kemudian mencatatkan kerugian teruk sebaik sahaja membuka semula, terutamanya industri penerbangan dan industri. Kemusnahan ruang pejabat bernilai beribu juta dolar telah menyebabkan ekonomi Lower Manhattan teruk terjejas.
Kerosakan Pentagon dibersihkan lalu dibaik pulih dalam masa setahun, dan sebuah Tugu Peringatan Pentagon didirikan dekat bangunan itu. Proses pembinaan semula telah dilancarkan di tapak World Trade Center. One World Trade Center yang baru kini sedang dibina di atas tapak itu dan baru siap pada tahun 2013. Beberapa lagi menara sedang dibina di atas tapak itu bermula tahun 2007 hingga 2013.