
Seramai 3,000 mangsa dan kesemua 19 perampas terkorban dalam serangan.[4] Menurut Jabatan Kesihatan Negeri New York, sehingga Jun 2009, sejumlah 836 orang yang bertindak memberi bantuan untuk tragedi ini, termasuk anggota bomba dan polis telah meninggal dunia.[4] Di kalangan 2,752 mangsa yang terkorban dalam serangan di World Trade Center adalah 343 orang bomba dan 60 orang polis dari Bandar Raya New York dan Lembaga Pelabuhan.[5] 184 orang lagi terkorban dalam serangan ke atas Pentagon.[6] Kebanyakan besar mangsa korban ialah orang awam, termasuk warga 70 negara.[7] Selain itu, terdapat sekurang-kurangnya satu kematian tak langsung, akibat penyakit paru-paru kerana terdedah kepada habuk runtuhan World Trade Center.[8]
Kesangsian cepat dilemparkan ke arah al-Qaeda. Ketuanya, Osama bin Laden mula-mula menafikan bahawa dia terlibat, tetapi pada tahun 2004, akhirnya, beliau mengakui bertanggungjawab mendalangi serangan itu.[1] Amerika Syarikat bertindak balas terhadap kejadian ini dengan melancarkan Perang Terhadap Keganasan, menyerang Afghanistan untuk menjatuhkan kumpulan Taliban yang melindungi ahli-ahli al-Qaeda, serta menggubal Akta PATRIOT Amerika Syarikat. Pada Mei 2011, barulah bin Laden ditemui lalu dibunuh. Banyak lagi negara lain yang turut mengukuhkan perundangan anti-pengganasan serta menambah kuasa penguatkuasa undang-undang. Beberapa bursa saham Amerika ditutup sepanjang minggu selepas serangan, kemudian mencatatkan kerugian teruk sebaik sahaja membuka semula, terutamanya industri penerbangan dan industri. Kemusnahan ruang pejabat bernilai beribu juta dolar telah menyebabkan ekonomi Lower Manhattan teruk terjejas.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan