Kisah Ular Hitam Menunggu Mayat.(Kisah Benar)
SUATU cerita yang telah berlaku beberapa
tahun dulu di Makkah. Kisah yang boleh kita renungkan bersama serta
jadikan panduan dalam diri kita ini. Kisah yang anda baca ini bukannya
datang dari majalah Mastika atau majalah-majalah tabloid tetapi kisah
dari tanah perkuburan Sa’raya, Makkah.
Pada beberapa tahun
dahulu ada seorang perempuan yang berumur 40an telah meninggal
dunia.Mereka telah mengusung jenazah beliau untuk dikebumikan di tanah
perkuburan Al Ma’ala yakni lebih kurang 2 kilometer dari Masjidil Haram
selepas solat zuhur.Apabila sampai sahaja di tanah perkuburan tersebut,
alangkah terperanjatnya mereka bila mendapati seekor ular yang berwarna
hitam sebesar paha bersisik tebal telah berada di dalam liang lahat
(dalam kubur tersebut).
Subhanallah … keadaan ular tersebut
amat mengerunkan. Mereka pun terus berlalu dari situ dan membawa jenazah
wanita tersebut ke tanah perkuburan yang lain yakni di tanah perkuburan
Sa’raya lebih kurang setengah jam memandu dari situ (8 km Jauhnya)
.Apabila mereka sampai di tanah perkuburan tersebut, rupa-rupanya ular
hitam yang sama juga telah menunggu jenazah wanita yang ingin
dikebumikan di situ.
Allahuakbar … mereka mengambil keputusan
untuk memindahkan serta mengangkat ular tersebut dan letakkan di luar
yakni berjauhan sedikit dari kawasan tersebut dan mengkebumikan jenazah
wanita itu (yang peliknya ular hitam itu tidak melakukan apa-apa bila
disentuh oleh mereka).Selepas sahaja mereka mengkebumikan mayat wanita
itu, tiba-tiba Ular Hitam yang diletakkan berjauhan dari situ terus
datang menjalar dengan pantas dan masuk meluru ke dalam kubur wanita
itu.MasyaAllah (seperti menjunam ke dalam swimming pool dari atas –
keadaan sewaktu ular itu masuk ke dalam kubur).
Dengan beberapa
seketika mereka mendengar bunyi seperti dahan-dahan pokok yang dipatah
patahkan dan apabila mereka melihat ke dalam kubur wanita tersebut,
alangkah terperanjatnya kerana ular hitam sedang membelit jenazah wanita
itu serta mematah matahkan tulang jenazah itu. Subhanallah... Ada
beberapa orang yang berada di persekitaran kubur itu turut pengsan
melihat kejadian itu. Selepas diselidiki kenapa perkara tersebut boleh
terjadi, rupa-rupanya sewaktu hayatnya, wanita tersebut suka melewat
lewatkan solatnya.
Marilah kita ambil iktibar dan pedoman dari
kejadian ini. Semoga Allah swt kuatkan iman kita dalam mendirikan solat 5
waktu daripada gangguan syaitan dan iblis insyaAllah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan