Surat Kiriman Rasmi/Tisak Rasmi?
Dari Penunggang Motosikal,
Seluruh Negeri,
MALAYsia.
_____________________________________________________
Kepada Pemandu Kenderaan 4 tayar dan ke atas,
Seluruh Negeri,
Malaysia.
Tuan/Puan
Saya mewakili penunggang motorsikal seluruhnya ingin berpesan dan
berkongsi kepada pemandu-pemandu kereta yang tidak pernah berpengalaman
menjadi penunggang motorsikal atau yang tidak
memahami perasaan menjadi penunggang motorsikal bahawa:
1) Kami berhak menunggang motorsikal di dalam lorong utama. Bukan hanya
menunggang di lorong kecemasan. Kerana kami juga bayar cukai JALAN.
Bukan cukai LORONG KECEMASAN. Tidak perlu
bunyikan hon atau nyalakan lampu tinggi kepada kami.
2) Jika pemandu kereta ingin memotong kereta di hadapan, dan ada
penunggang motor di laluan bertentangan, kami layak di hormati. Jangan
memotong dengan tanggapan bahawa kami kecil dan boleh mengelak.
3) Di kawasan sesak & jem, tolong lihat belakang dan sisi terlebih
dahulu sebelum menukar lorong & pastikan beri signal 10 saat
terlebih dulu, (KAMI BUKAN ROBOT yg "auto detect" kereta nk kekiri atau
kanan) sebab yang parah bukan anda tapi kami. TAKE NOTE!!
4) Penunggang motorsikal seperti kami BUKAN mat rempit. Kami layak dihormati sama seperti orang lain.
5)Kepada pemandu kereta yang merokok, jangan sesuka hati mencampakkan puntung rokok ke luar tingkap. Perhatikan dahulu
jika ada penunggang motorsikal atau pengguna jalanraya yang lain.
Puntung rokok yang masih berbara itu berkemungkinan termasuk ke dalam
pakaian penunggang motorsikal dan membahayakan kami.
6) Jangan
hina kami hanya kerana kami menunggang motorsikal. Allah dah turunkan
rezeki masing-masing. Tak perlu berbangga dengan harta dunia.
Sekian.
Yang menunggang motorsikal.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan