anak : Ayah....Ibu ...!! ayah : kenapa anakku? anak : kawasan rumah kita dah dihuni dah dihuni orang miskin. ayah : kenapa kau kata begitu anakku? anak : Jiran kita itu pasti orang miskin
ayah : kenapa kau kata dia miskin? keluarga disebelah walaupun kita tak
kenal, tapi ayah pasti dia kaya. tengoklah kereta mewah dia dah 4-5
biji diluar tu. anak : boboi pasti dia miskin sebab boboilihat mereka sudah kecoh hanya kerana anaknya menelan duit syiling lima puluh sen.
Ali: wey bu aq ada soalan, atas pokok ada ape? Abu: sarang burung.. Ali:salah abu: buah? Ali:salah abu: so mende? Ali: almari abu: errk asal lak ada almari atas pokok? Ali:soalan aq suka ati aq la Abu: £§¥£$$@%#??
Seorang Boss entah macam mana mood dia memang baik sungguh pada suatu hari tu. Sesiapa yang nak minta balik 5 jam lebih awal hari ni dia bagi. Tapi alasannya hanya satu jer boleh guna.
Haaaa!! Alasannya mestilah pasal sembahyang SAHAJA! Tau-tau macam tu
ader 4 orang pekerja bawahan datang berjumpa dengan Boss ni;
Mula-mula seorang kerani biasa;
Kerani : Boss, buleh saya pulang awal? Saya balik nak solat kat rumah boss, leh tak? Boss : Tak boleh!!! Kat sini kan ader surau, sembahyang jemaah lagi lagi banyak pahalanya!
Kemudian, datang pula seorang supervisor;
Supervisor : Saya bulih balik awai kut Boss? Boss : Hang apa pasai?? Supervisor : Saya nak balik tengok anak saya sembahyang Zohor ke tak? Ntah-ntah dia ponteng... Boss : Tak boleh!! hang telefon saja bini hang tu suruh dia tengok!
Pengurus Syarikat pula mencuba nasib;
Pengurus : Hye Boss! Boss : Ha, pasal pulak ni?! Nak balik awal gak ker? Pengurus : Errrrr!! Yer boss! Boss baik!! He!He!He! Boss : Alasan apa lak ngko nie?
Pengurus : Saya nak balik sembahyang orang mati...Ada orang kampung
saya ninggal pagi tadi, nak sembahyang jenazah...! Boleh kut boss yer
pulang awal? Boss : Tak bolehhh!!! Itu Fardhu Kifayah jer! Orang
kampung lain yang ramai tu boleh sembahyangkan. Doa kat sini pun boleh!!
Dah! Pergi buat kerja!
Tiba pula giliran Mat Peon;
Mat Peon : Boss! Saya nak balik awal boleh tak? Boss : Naper? Mat Peon : Isteri saya telefon tadi, dia kater dia dah boleh sembahyang! Boss : Yer ker??? Ha! Kalu gitu awak baliklah...Kesian awak dah seminggu nunggu!!! Mat Peon : Ima Acih Boss!!! sayang boss!!
Jangan pandang orang tiada sijil belajar tinggi-tinggi tidak akan
berjaya. Kalau kena pada usaha dan bakat yang ada dalam diri, malah
boleh lebih berjaya dari orang makan gaji. Betul tak?
Amer
berumur 15 adalah seorang anak yang pendiam. Dia sungguh misteri.
Bapanya seorang pesara tentera, kini memulakan perniagaan kecil-kecilan,
manakala ibunya telah pun meninggal dunia sejak dia berumur 8 tahun.
Tinggal lah Amer dan bapanya berdua. Bapanya seorang yang amat tegas dan
mengharapkan Amer berjaya didalam pelajaran.
Setelah bertungkus lumus belajar akhirnya Amer mendapat kesemua A dalam setiap mata pelajarannya ketika menduduki peperiksaan SPM.
Suatu petang bapanya memanggil Amer. "Bapak bangga dengan pencapaian
engkau, Amer, apa kau nak sebagai hadiah kerana cemerlang didalam PMR?
Basikal?"
Amer hanya membalas "Saya hanya nakkan 2 biji bola ping pong aje bapak."
Bapaknya hairan. Tapi dia tetap menunaikan hajat anaknya. Dia lantas membelikan anaknya 2 biji bola pingpong.
Masa kian berlalu, kini Amer mendapat kejayaan didalam SPM, dia
mendapat 10A dan diterima dijurusan kejuruteraan mekanikal disebuah
university terkemuka di Malaysia. Bapanya bangga dan bertanyakan apakah
hadiah yang Amer mahukan. Amer masih tetap mahukan 2 biji ping pong.
Bapanya bertambah hairan, namun dia tetap membelikan Amer 2 biji bola
ping pong.
Semasa di university, Amer terus berjaya dan
berjaya dan dia telah mendapat award sebagai pelajar terbaik di
Universitinya. Kejayaan demi kejayaan yang diterimanya dia masih tetap
mahukan 2 biji bola pingpong dari bapanya.
Bapanya terfikir yang dia mempunyai anak yang kurang centre, tetapi masih berbangga.
Akhirnya dia telah diterima bekerja di salah sebuah syarikat
engineering yang terbesar di Malaysia yang bertaraf international. Bapa
Amer makin gembira lantas dia masih bertanyakan apa yang Amer hendak.
Amer masih tetap mahukan bola ping pong.
"Kau ni, asik2 bola
pingpong! Sudah!! Perniagaan bapak makin maju dan bapak adiahkan kau
sebuah Kereta Mercedes SLK Compressor"
Namun, Amer tetap gembira dengan pemberian bapanya tanpa banyak soal.
Pada hari dia mendapat kereta tersebut, dia keluar untuk men'test'
keretanya. Namun, apalah malang Amer, dia mendapat kemalangan yang teruk
di Highway KM 1.24 dan dimasukkan ke ICU.
Bapa Amer amat terperanjat dengan kemalangan tersebut.
Semasa di ICU, bapanya menjaga Amer dengan penuh kasih sayang. Tetapi
nampaknya Amer tadak harapan nak sembuh, lalu Amer mengeluarkan kesemua
bola ping pongnya dan menyerahkan pada bapanya.
"Bapak... ameklah bola ping pong yang saya simpan ni...." kata Amer kesakitan.
"Amer, selama ni ko asik mintak bola ping pong aje, ape ke paedahnya" kata bapaknya
"Sebenarnya ada misteri disebalik bola ping pong ini..." kata Amer
"Apa dia" tanya bapa Amer
Tetapi belum sempat Amer memberitahu meisterinya, Amer menghembuskan nafasnya yang terakhir...
Bapa Amer menjadi separuh gila mengenangkan misteri anaknya.
Apakah misteriya? Anda nak tau????
ianya tetap misteri kerana tajuk cerita ini adalah Misteri Bola Ping Pong dan akan menjadi misteri selamanya.
eorang
guru wanita sedang menyemak satu persatu karangan anak muridnya.
Sewaktu melihat satu karangan yang ditulis oleh seorang pelajarnya, dia
menjadi sangat emosi dan menangis teresak-esak. Lalu ditanya oleh
suaminya
'Kenapa menangis ni'
'Lihatlah karangan pelajar saya ini'
Suaminya pun membaca dengan penuh khusyuk.
Jadikan Saya Sebuah Televisyen
" Oh Tuhan, malam ini saya ingin meminta kepada-Mu sesuatu yang sangat istimewa. Jadikan saya sebuah televisyen.
Saya ingin mengambil kedudukan televisyen. Menikmati kehidupan
sebagaimana peti telivisyen di rumah saya. Saya akan memiliki 'tempat'
tersendiri dalam hati keluarga sehingga mampu menjadikan keluarga
sentiasa berada di sekeliling saya.
Saya akan diberi perhatian serius ketika bercakap. Saya ingin menerima penjagaan yang sama seperti televisyen.
Ayah akan menemui saya setiap kali ayah pulang dari tempat kerja
walaupun keletihan. Ibu pula bersama-sama saya saat sedih dan kecewa,
bukan mengabaikan seperti sekarang. Seterusnya, saya mahu abang dan
kakak berusaha memperuntukkan masa untuk bersama-sama dengan saya.
Saya mahu merasakan bahawa keluarga sanggup mengetepikan kepentingan lain untuk meluangkan waktu bersama-sama saya.
Akhirnya, jadikan saya mampu membuat semua individu yang saya sayangi
itu merasa gembira dan saya menghiburkan mereka. Tuhan, saya tidak
meminta lebih dari itu. Saya hanya mahu hidup seperti televisyen pada
setiap masa."
Selesai suaminya membaca esei tersebut, suaminya berkata 'Kasihannya, anak ini miskin kasih sayang. Ibu bapanya terlalu teruk!'
Mendengar itu, tangisan si isteri semakin kuat. 'Abang, itu karangan anak kita!'
Perjalanan
pulang dari showroom dengan memandu kereta baru memberi satu pengalaman
sangat menguja. Bau dalaman dan bungkusan plastik masih ada., sudah
cukup menceritakan bahawa impian bertahun-tahun untuk memiliki sebuah
kereta hebat telah menjadi kenyataan. Sesampai di rumah, kereta diparkir di garaj dengan berhati-hati, sudah tentu sedikit calar akan
mengguris kegembiraan yang sedang dinikmati kini. Isteri, anak termasuk
pembantu rumahnya entah berapa kali berkeliling melihat dari pelbagai
sudut dan memuji serta menyebut hal-hal yang sama berulang kali. Anak
kecilnya berumur tiga tahun nampak lebih teruja dengan tak habis-habis
keluar masuk kereta.
Malam itu, sebelum tidur juga duduk-duduk
di tempat pemandu dan melihat lagi keretanya sebelum ke katil. Mungkin
tidurnya juga bermimpikan kereta baru dengan warna merelit.
Hari esok, dia bangun penuh ceria, bergegas menghadap sarapan lalu
mencapai beg bimbit untuk ke pejabat. Kawan-kawan sudah maklum, dan hari
ini: Surprise! Begitu rancangannya.
Tetapi apabila dia
menghampiri keretanya ada sesuatu yang sungguh memeranjatkan. Dia
mendapati sekeliling keretanya terdapat calar-calar dengan goresan yang
ketara. Beberapa saat terpinga dia hanya terpaku berdiri kekejangan.
Beg bimbit terlepas daripada genggaman kemudian muka terasa panas tersimbah dan kem
arahan membakar dada. Spontan datang dalam mindanya wajah anak kecil
yang memang suka menconteng serata dinding. Baru kelmarin dia belikan
kotak pensil warna dan kertas lukisan bagi mengatasi tabiat menconteng
tersebut.
"Adik, mari sini!" Jeritnya kuat memanggil anaknya,
nafasnya tertahan-tahan dalam membuak api kemarahan."Budak ini kena
ajar," getus hatinya, berani benar anaknya menggores kereta barunya.
Si anak penuh ketakutan seperti seekor burung ciak yang menggigil
dibasahi hujan. Tanpa berlengah bersama arus kemarahan yang sukar
dibendung si ayah memukul anaknya di serata badan sambil mulutnya tak
sudah-sudah menghamburkan kemarahan. Anak kecil ini hanya meraung dan
menangis tetapi dalam hati rasa bersalah atas apa yang dia telah
lakukan.
Kemarahan ayah masih belum reda lantas mengambil
pembaris besi nipis dan dipegangnya tangan anak. Pembaris tersebut
diracik-racikkan ke tangan si anak sambil ayahnya berkata, "Ini ayah nak
ajar kamu!"
Ia terus mengherdiknya berulang kali. Kalaulah
tidak disabarkan oleh isterinya mungkin jadi lebih teruk lagi anaknya.
Anaknya tersepuk dalam dakapan pembantu rumah dengan sedu-sedan serta
air mata terurai. "Mana pensel warna yang ayah belikan semalam?"
bentak ayahsambil mencari pensel warna yang baru dibelikan itu. Si ayah
merampasnya dan mencampakkannya ke dalam kereta.
Pagi tersebut
sangat murung buat anak, sangat perit buat ayah. Ayah masuk ke dalam
kereta, menghempas pintu, menekan pedal minyak dan berlalu pergi tanpa
menoleh. Ibunya pula hanya punya masa sebentar kerana terpaksa bergegas
untuk urusan jauh ke luar daerah.
Tinggallah anak ini dengan air mata berlinangan, sedu, tangis dan kesakitan.
Ayah yang masih marah dan tidak dapat memaafkan anaknya terus
menghantar kereta ke bengkel dan dia hanya di luar sepanjang hari. Buat
sementara tertutup hati untuk balik ke rumah.
Lewat petang, telefon bimbitnya berbunyi, dengan malas dia mengangkat kerana dia tahu itu panggilan dari rumahnya.
"Bapak, apa saya perlu buat? Adik asyik menangis dan demamnya kuat
sekali." Adu pembantu rumah di hujung talian dalam butir bicara keliru. 'Biarkan dia, saya nak ajar dia cukup-cukup!" Dengan marah dia terus mematikan telefon bimbitnya.
Malam itu, ayah tidak pulang ke rumah. Namun ketika lewat malam telefon
bimbit berbunyi bertalu-talu daripada nombor yang dia tidak tahu. Dia
mengangkatnya. Amat mengejutkan panggilan tersebut dari sebuah hospital
meminta dia datang dengan segera. Tanpa berlengah, dia terus ke
hospital.
Dia mendapati isterinya turut berada di sana.
Pembantu rumah yang bergegas membawa anak ini ke hospital juga turut
bersama dengan wajah sugul bercampur rasa bersalah. Dia terus meluru
masuk berjumpa doktor bagi mengetahui kondisi anaknya. Alangkah pilunya
apabila ia diminta menandatangani akuan bagi melakukan pembedahan bagi
memotong pergelangan tangan anaknya..
"Seluruh sarafnya telah
rosak dan bakteria telah masuk ke dalam sum-sum tulang, kami tidak ada
pilihan melainkan terpaksa memotongnya untuk menyelamatkan nyawa anak
ini." Jelas doktor dengan gambar x-ray dan analisis lain penuh di atas
meja. Dengan hati yang berat dia menurunkan tandatangannya.
"Hari malang apakah ini..." tangis hatinya dengan rasa sesal yang tidak dapat dibendung mengenang nasib anaknya.
Si ayah melihat dengan penuh simpati pada wajah comel anaknya yang
telah terbaring setelah melalui pembedahan yang panjang. Dia tidak pasti
apa perasaan sepatutnya ketika itu. Berulang-alik rasa bersalah,
kasihankan si kecil, bodohnya tindakan, menyesal, simpati dan semuanya
tidak jelas tapi satu yang jelas ialah tangan anaknya telah kudung.
Apabila si anak sedar, dia melihat ayah dan ibunya berada di sisi. Dia menangis sambil memohon kemaafan.
"Ayah... Maafkan adik, adik janji tidak akan gores kereta ayah lagi."
"Ayah tolong pulangkan pensel warna adik ... Adik nak melukis," rayu
anak kecil itu dalam esakan meninggi mengemis simpati ayahnya.
Kelu lidah ayahnya, hanya air mata hangat mengalir dan di dalam dada
sarat tergumpal rasa sesal. Dia hanya mampu menatap wajah anaknya yang
masih menangis.
Tapi kemudian apabila anak ini tersedar tentang
tangannya yang kudung, saat itu dia berkata dalam kesayuan, "Ayah,
tangan adik dah tak ada, adik dah tak boleh melukis lagi, kalau adik dah
besar nanti macamana nak jaga ayah..macamana adik nak mandikan ayah.
Tangan adik dah tak ada lagi...Ayah, pulangkan tangan adik."
Tangisan adik terlalu kuat, sangat menyayat hati. Ayah hanya mampu
menangis semahu-mahunya. Apakah yang mampu dia perbetulkan kini? Dia
merangkul anaknya dengan pandangan kosong melihat anak bersama
cita-citanya yang berkecai dan berderai.
Marilah kita meneroka ke dalam hati si ayah dan bertanya terus kepada keyakinannya:
"Bukankah anak ini harta yang paling berharga?" Ya
"Bukankah anak permata hati?" Benar.
"Bukankah anak ini ditunggu sejak kelahirannya, digomol penuh manja
masa kecilnya, apabila berjauhan anda merinduinya, dia memanggil ayah
dan menjadikan hidup anda bahagia?" Benar, benar dan benar.
"Kalau begitu, samakah nilainya dengan warna kereta baru anda? Tidak sama sekali.
"Jadi, kenapa anda sanggup memusnahkan cita-citanya dengan amarahmu itu?" Errr.. (tiada jawapan).
Sampai di sini kita sedar ada perselisihan ketara antara keyakinannya
dengan apa yang dia buat. Dia mungkin tidak dapai mencari jawapan
kenapa, tetapi telah mengetahui akibatnya.
Justeru itu bagi kita, sekiranya keyakinan tidak dapat memperkuat amal, tambahkan satu lagi kayakinan bahawa:
Kebinasaan pasti menunggu mereka yang gagal beramal mengikut keyakinannya!
"May our songs be true to what we see on the horizon."
*Pengajaran:
- kemarahan akan membawa padah. dan kita perlu bahawa apa yang kita
lakukan akan ada kesan. kerana kita adalah tergolong dalam sistem alam
ini.. nak x nak, kita akan dapat balasan apa yang kita kerjakan...
perkara yang kita boleh ubah adalah SEBAB, tetapi kesan daripada SEBAB
kita tidak boleh ubah. - maka, berfikirlah sebelum bertindak - kawallah amarahmu, kerana apabila kita amarah, Allah tidak bersama kita, tetapi Syaitan yang bersama dengan kita. - tingkatkan kesabaran, hidup ini adalah ujian Allah. - jadikan Rasulullah S.A.W adalah idola kita. Akhlak RASULULLAH S.A.W adalah ALQURAN.